Pada usia itu, rakannya boleh bermain dan berlari ke sana sini, namun dia pula terpaksa terperuk di rumah kerana penyakitnya.
Sejak berumur setahun adik Nur Adreena Alia Azmady, 8, tidak boleh terkena panas dan berpeluh.
Menurut ibu Nur Adreena, Nur Hidayah Ismail, 33, dari Shah Alam, Selangor, muka dan lehernya selalu merah-merah dan gatal akibat alahan.
“Dulu kalau kena panas dan berpeluh ja mesti naik merah di pipi dan leher Adreena, saya kena sapu ubat dan bagi dia makan ubat setiap hari.
Kesian saya tengok dia selalu menangis bila gatal-gatal dan berpeluh, kata Nur Hidayah yang juga merupakan pengedar produk Herba Prima Markerting (HPM).
Katanya apabila menjadi pengedar pada awal tahun ini, dia terlintas untuk mencuba Dr II kepada Adreena.
Setiap hari dia akan memberikan setengah bungkus DR II kepada anaknya.
“Dengan izin Allah, dalam tempoh dua minggu mengambil produk itu, penyakit eczema anak saya semakin pulih dari sehari ke sehari.
“Saya tak perlu lagi berulang alik ke klinik untuk mengambil ubat, penyakit asmanya juga semakin jarang berlaku,” kata Nur Hidayah dengan penuh rasa syukur.
**Eczema atau eksim adalah kelainan kulit kronis yang sangat gatal, umum dijumpai,ditandai oleh kulit yang kering, inflamasi dan eksudasi, yang kambuh-kambuhan. Kelainan biasanya bersifat familial, dengan riwayat atopi pada diri sendiri ataupun keluarganya. Atopi ialah kelainan dengan dasar genetik yang ditandai oleh kecenderungan individu untukmembentuk antibodi berupa imunoglobulin E (IgE) spesifik bila berhadapan dengan alergen yang umum dijumpai, serta kecenderungan untuk mendapatkan penyakit-penyakit asma, rhinitis alergika dan DA, serta beberapa bentuk urtikaria.**
0 comments:
Post a Comment